Cash Investment
Bagi pelaburan secara tunai (cash), terdapat sales charge 5.5% bagi jumlah yang dilaburkan.
Namun, sales charge ini hanyalah one time fee bermaksud pelabur yang masih memegang pelaburan sehingga tahun-tahun berikutnya tidak akan dikenakan charge lagi dan boleh terus menimati keuntungan sepenuhnya dari kenaikan harga unit (nav) dan distribution.
Management fee charge sebanyak 1.50% seperti yang dinyatakan dalam prospektus bermaksud kos pengurusan bagi tahun tersebut dan sebagai makluman kepada pelabur.
Pelabur tidak perlu menambah 5.5% + 1.5% dalam menentukan jumlah unit. Jumlah kos yang perlu ditanggung pelabur masih 5.5% sekali sahaja setiap kali pelaburan.
Contoh pengiraan unit :
Tarikh 30/1/2013
Jumlah yang dilaburkan RM 20,000.00
NAV pada 30/1/2013 0.9874
Jadi jumlah unit yang diperoleh ialah :
20,000.00 - 5.5%(20,000.00)
0.9874
= 19,141.17 unit
Untuk meihat perkembangan semasa pelaburan, pelabur boleh mendarab jumlah unit pelaburan dengan harga nav.
Contoh :
Tarikh 30/10/2013
Jumlah unit 19,141.17 (Jumlah unit kekal sama sekiranya tiada sebarang penambahan pelaburan dalam tempoh 30/1/2013 - 30/10/2013)
NAV pada 30/10/2013 1.1650
Nilai pelaburan semasa :
19,141.17 x 1.1650
= RM 22,299.46
Peratusan peningkatan pelaburan =
22,299.46 - 20,000.00
20,000.00
= 11.49 % (Kenaikan dalam tempoh 9 bulan)
Prosedur Pelaburan
Untuk memulakan pelaburan secara cash investment, tuan/puan boleh mengikuti langkah-langkah berikut :
1. E-mail kepada kenangasyariah@gmail.com dan nyatakan jenis pelaburan (cash investment).
2. E-mail tuan/puan akan dibalas dalam tempoh 24 jam dengan memohon maklumat-maklumat yang berkaitan.
3. Setelah menerima maklumat yang diperlukan borang-borang yang berkaitan akan dipos ke alamat tuan/puan untuk tujuan tandatangan.
4. Seterusnya tuan/puan boleh memindahkan amaun untuk pelaburan ke dalam akaun Kenanga Investors Berhad (RHB Bank Berhad 2-14316-5001194-4) dan simpan resit transaksi. Tuan/puan boleh menggunakan maybank2u (disyorkan) atau mana-mana perkhidmatan perbankan lain yang disukai.
5. Tuan/puan pos semula borang-borang dan resit transaksi ke alamat yang diberi .
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment