EPF Investment



Ahli Kumpulan Wang Simpanan Bekerja (KWSP) boleh mengeluarkan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 untuk dilaburkan ke dalam dana-dana di bawah Institusi Pengurusan Dana yang diluluskan Kementerian Kewangan.

Kenanga Investors Berhad merupakan salah satu Institusi Pengurusan Dana yang mendapat kelulusan Kementerian Keawangan. Click pada gambar dibawah untuk mendapat paparan yang lebih jelas.


Senarai Institusi-institusi pengurusan dana di laman wen KWSP 
http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/member/members-savings-investment-withdrawal/appointed-fund-management-institutes


Bagi pelaburan melalui akaun 1 kwsp, terdapat sales charge 3% bagi jumlah yang dilaburkan.

Namun, sales charge ini hanyalah one time fee bermaksud pelabur yang masih memegang pelaburan sehingga tahun-tahun berikutnya tidak akan dikenakan charge lagi dan boleh terus menimati keuntungan sepenuhnya dari kenaikan harga unit (nav) dan distribution.


Management fee charge sebanyak 1.50% seperti yang dinyatakan dalam prospektus bermaksud kos pengurusan bagi tahun tersebut dan sebagai makluman kepada pelabur.


Pelabur tidak perlu menambah 3% + 1.5% dalam menentukan jumlah unit. Jumlah kos yang perlu ditanggung pelabur masih 3% sekali sahaja setiap kali pelaburan.


Contoh pengiraan unit :


Tarikh 30/1/2013

Jumlah yang dilaburkan RM 20,000.00
NAV pada 30/1/2013 0.9874

Jadi jumlah unit yang diperoleh ialah :


20,000.00 - 3%(20,000.00)

           0.9874
= 19,647.55 unit

Untuk meihat perkembangan semasa pelaburan, pelabur boleh mendarab jumlah unit pelaburan dengan harga nav.


Contoh :


Tarikh 30/10/2013

Jumlah unit 19,647.55 (Jumlah unit kekal sama sekiranya tiada sebarang penambahan pelaburan dalam tempoh 30/1/2013 - 30/10/2013)
NAV pada 30/10/2013 1.1650

Nilai pelaburan semasa :


19,647.55 x 1.1650

= RM 22,889.39

Peratusan peningkatan pelaburan =

22,889.39 - 20,000.00
        20,000.00
= 14.44 % (Kenaikan dalam tempoh 9 bulan)
     

Prosedur Pelaburan

Untuk memulakan pelaburan secara epf investment, tuan/puan boleh mengikuti langkah-langkah berikut :

1. E-mail kepada kenangasyariah@gmail.com dan nyatakan jenis pelaburan (epf investment).

2. E-mail tuan/puan akan dibalas dalam tempoh 24 jam dengan memohon maklumat-maklumat yang berkaitan.
3. Setelah menerima maklumat yang diperlukan borang-borang yang berkaitan akan dipos ke alamat tuan/puan untuk tujuan tandatangan dan cop jari.
4. Tuan/puan pos semula borang-borang kepada alamat yang diberi.
5. Pindahan pelaburan daripada akaun KWSP ke akaun unit amanah akan diuruskan pihak KWSP mengikut jumlah amaun yang telah dipohon pelabur (tertakluk kepada jumlah simpanan asas di dalam Akaun 1).

     

No comments:

Post a Comment